BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 2, 2012

BAB 2

Ryssa kamu ni sampai bila nak jadi part time promoter dekat Jusco tu?. Tegur abah. Aryssa hanya mendiamkan diri. Dia amat selesa berkerja disana. Supervisornya juga sudah berjanji akan berbincang dengan pihak atasan untuk menjadikannya Jurujual tetap dan dia bakal menjaga kaunter sendiri dan punya gaji yang tetap.
            “ Abah bukan apa Ryssa. Kau nak kerja tetap biar la kerja yang elok sikit. Takkan sampai bila-bila kau nak kerja pagi ke malam je. Cuti tak menentu. Tak ada kehidupan tau tak.” Leteran abah hanya didengarnya. Dia juga pernah terfikir akan perkara yang sama. Tetapi dia tiada keyakinan untuk berkerja didalam bidang yang lain lagi-lagi yang berkaitan dengan urusan perjabat. Walaupun keputusan peperikasaan STPM nya amat memberangsangkan tetapi kerna sikap abah yang lebih suka dia berkerja membuatkan Aryssa semacam tidak bersemangat untuk meneruskan pelajaran lagi. Lagi pula dengan permasalahannya dengan Nuar masih tidak reda lagi. Hatinya rungsing memikirkan segala permasalahan.
            “ Nantilah Ryssa fikir. Lagipun mana ada kerja lain lagi.” Aryssa melangkah pergi dari ruang tamu ke kamar tidurnya. Tidak mahu bertengkak dengan abah. Sudah berkali-kali perkara itu diperbahaskan oleh mereka berdua.
            “ tu la kau. Abah tanya kau masuk bilik. Abah suruh kau kerja je dekat tempat kerja abah kau tak nak. Apalah kau ni nak jadi Ryssa.” Ngomel abah samar-samar didengari Aryssa dari kamarnya.
Sudah hampir dua bulan Aryssa dan Anuar berpisah. Pelbagai cerita yang didengarinya selama itu dari teman-teman sekolah lama mereka. Ada yang bercerita tentang perubahan Nuar yang makin baran. Sebut sahaja nama Riana Aryssa pasti api kemarahannya meningkat. Seperti satu kesalahan besar pabila nama itu disebut dihadapannya. Dan baru tadi dia menerima berita dari teman bahawa ada beberapa teman lama yang memarahi dirinya kerna meninggalkan Nuar yang selama ini sanggup melakukan apa sahaja untuknya. Besarnya kesan perpisahan mereka terhadap Aryssa dan juga Nuar. Itulah masalah pabila bercinta dengan teman sekelas sendiri. Teman sekeliling pun kebanyakan teman yang sama. Apakan daya perkara telah berlalu. Aryssa mencapai telefon bimbinya.
            “ Salam.. Nuar, ary btl2 mintak mf atas ksalahan ary pd nuar.. ary tau ary bsalah pd nuar.. ary cuma nk nuar tau yg ary dh try nk sygkn nuar but ary xmmpu.. ary xnk sakitkn ati nuar lagi.. lagi lame kite couple lg byk slh ary kt nuar jd ary mintk sgt pd nuar mmahami keadaan ary.. plz jgn mbenci ary.. ary mohon sgt pd nuar.. kite dh lame knl ary xnak bnde ni jdkn kite musuh.. mfkn ary nuar.. ary tau ramai kwn2 kite yg slhkn ary cz hampekn nuar but 2 je yg mampu ary wt skrng.. mungkin kite xade jodoh skrng but kemudian ari ary xtau.. ary hanya bserah pd-Nya mnentukn jodoh wt ary.. mfkan ary skali lg.. ary akn tggu smpai nuar btl2 blh mfkn ary.. ary akn tggu mase 2 tibe.. ary xkn mmakse nuar.. ary phm klo nuar xdpt trme ary sbgai kwn nuar lg mcm dlu.. pe2pn ary nk mintk mf n bterima ksih ats sgale ye yg dh nuar wt utk ary slme ni.. thankz nuar.. ary tggu msg or kol dr nuar. Mf cz bru skrng ary send msg ni cz bru skng ary ade kkuatan..”
           
            Berlinangan air mata Aryssa menaip pesanan ringkas itu. Tumbuh sekelumit perasaan bersalah. Kadang-kadang dia memarahi dirinya kerna menerima Nuar dahulu. Tapi apakan daya perkara sudah terjadi.


**********

            Seperti biasa Aryssa sedang melipat pakaian-pakaian renang yang bersepah didalam rak pakaian ditempat kerjanya. Baru selesai melayan pelanggan yang banyak kerenahnya. Habis bersepah rak pakaian renang diselongkarnya. Ketika sedang asyik mengemas mata Aryssa tiba-tiba terpaku pada satu susuk tubuh yang sedang asyik membelek seluar mandi di kaunter jirannya, orang itu seperti pernah dikenalinya dahulu.
            “ Zaf !.” Jerit Aryssa tanpa disedarinya. Lelaki itu menoleh memandang Aryssa yang terpaku di kaunternya. Tanpa dipanggil lelaki itu menuju ke arah Aryssa sambil tersenyum.
            “ Eh ni Ary kan?.” Tegur Zafril Edwan sambil tangan nya menunding kearah Aryssa. Aryssa hanya mengangguk. Lelaki dihadapannya ini amat berbeza. Dahulu badannya agak berisi, tapi kini badannya sudah sasa dan agak tegap. Dengan penampilan yang bergaya.
            “ Biar betul ko Ary. Makin berisi erk. Bagai dipam-pam.” Gelak tawa Zafril kedengaran. Aryssa mengakuinya badannya kini makin beisi sedikit kalau hendak dibandingkan di zaman sekolah menengah dahulu badannya halus dan amat kurus.
            “ Suka hati je main kutuk-kutuk orang ye kau Zaf.” Mereka bersembang pendek bertanya perihal masing-masing. Nombor telefon bertukar tangan. Zafril Edwan merupakan senior sekolah dan juga senior silat Aryssa ketika di sekolah menengah dahulu. Mereka pernah rapat tetapi tidak lama kerna Zafril sudah tamat persekolahan manakala Aryssa bertukar ke sekolah berasrama. Sememangnya mereka punya cerita lama. Cerita yang tidak banyak tetapi masih boleh diingati hingga kini.
            “ Ok la Ary, Zaf pergi dulu. Tak nak kacau Ary buat kerja. Ni Ary balik pukul berapa?.” Soal Zafril setelah berbual singkat dengan Aryssa.
            “ Ok. Erm dalam pukul 9 nanti baru Ary balik.” Zafril tersenyum.
            “ Ok la tu. Zaf nak jalan-jalan jap dengan member. Zaf tunggu Ary balik la macam tu k. Kita balik sama. Nanti Ary dah keluar Ary masej Zaf tau.” Aryssa terdiam sejenak berfikir patutkah dia menerima pelawaan Zafril. Walaupun dia mengenali Zafril tetapi dia tidak boleh meletakkan kepercayaan yang sepenuhnya pada lelaki itu. Memandangkan mereka baru sahaja bertemu semula setelah hampir 4 tahun tidak bertemu.
            “ Jangan la risau. Zaf just nak hantar balik je.” Seperti mengetahui pergoalakan di hati gadis itu. Ary hanya mengangguk. Zafril berlalu pergi.
Pulang dari kerja Zafril benar-benar menunggu Aryssa. Tepat jam 9 malam Zafril menelefon Aryssa bagi memastikan Ellysa menerima pelawaannya. Zafril menepati janjinya. Aryssa terus dihantar pulang tanpa menyinggah di mana-mana tempat. Ketika di dalam kereta Aryssa dan Zafril sempat berbual lagi. Aryssa senang dengan sikap Zafril yang semakin matang tidak seperti dia mengenali Zafril di sekolah dahulu.