RIANA ARYSSA termenung di kamar tidurnya. Hatinya amat
rasa menyesal dan bersalah terhadap lelaki yang selama ini banyak bersabar
dengan sikapnya. Tetapi dia tidak mampu menipu hatinya. Cintanya tiada untuk
lelaki yang sekian lama sudah dikenalinya itu.
" Maafkan Ary, Nuar.
Ary dah tak sanggup nak
menipu diri Ary dan diri Nuar. Nuar terlalu baik untuk Ary. Maafkan Ary.
" bisik hati kecil Aryssa. Bukannya dia sengaja untuk menyakiti hati
lelaki yang selama ini banyak berkorban untuk dirinya tetapi puas sudah dia
mencuba untuk menyintai jejaka yang bernama Syaiful Anuar itu tetapi selama
hampir setahun perhubungan mereka Aryssa tidak dapat merasakan perasaan itu.
Dia sedar Nuar pasti amat kecewa dengan perpisahan itu, dia sedar Nuar amat
menyintai dirinya tetapi apakan daya dirinya.
Pakaian seragam kerjanya dicapai, tidak mahu berfikiran
panjang lagi. Tidak perlu dikesali lagi kisah lama. Apa yang penting kini dia
perlu menyesuaikan diri dengan suasana yang baru, tanpa lelaki yang bernama
kekasih disisi. Tiada lagi orang yang akan mengambil dirinya pulang dari kerja
selepas ini. Langkah yakin dicorak satu persatu dengan penuh berkeyakinan.
" No more Nuar in your life, Ary ! kau kena
berdikari after this. Keputusan kau semuanya betul dan tepat. " patung
beruang putih pemberian hari lahirnya dari Nuar dicapai dan dimasukkan ke dalam
kotak. Kotak itu diletakkan di atas almari. Dia perlu membuat perubahan mulai
dari hari ini. Bermula dari pergi ke
tempat kerja sendiri tanpa Nuar menghantarnya.
**********
“ Hai Ary apa macam hari ini ok ka? ” soal
Caren rakan sekerjanya selepas melihat kelibat Ary yang baru sahaja mahu
meletakkan barang di dalam loker di kaunternya.
“ Ok je la Kak Caren. Akak cuti semalam macam mana?
Anak-anak ok ke? ”. Ary menuju ke arah Caren yang lebih senang dipanggil
dengan paggilan kakak. Lebih hormat dan sopan kerana perbezaan umur yang jauh
diantara dirinya dan senior tempat kerja sambilanya itu.
“ Anak-anak akak ok saja. Semalam kami pergi ke taman
permainan bersama-sama.” Senyuman terserlah dibibir Caren. Caren seorang yang amat
kuat berkerja, tetapi itu bukan suatu yang pelik bagi Aryssa kerana sememangnya
ramai kenalannya yang berbangsa cina amat kuat berkerja. Caren adalah salah
seorang daripadanya.
“ Tadi Anuar send u ke?.” Aryssa sudah mengagak soalan
itu pasti akan diajukan oleh Caren kerna soalan itu adalah soalan wajib Caren
setiap kali Aryssa masuk kerja. Aryssa hanya mampu menggeleng sambil tersenyum.
Caren sudah menjadi hairan. Aryssa dapat membaca persoalan seterusnya dari
Caren.
“ Kami sudah putus la akak.” Caren tersentak.
“ Kenapa? U berdua bergaduh ke?.” Aryssa hanya
menggelengkan kepala. Satu persatu dirungkai mengenai perhubungannya dan Nuar.
Seperti memahami, pelanggan pun tidak ramai yang menyinggah ke kaunter mereka.
“ Macam tu ke. Tak apalah Ary cinta memang tidak boleh
dipaksa.” Aryssa mengukir senyuman lagi. Terasa lapang sedikit hatinya setelah
berkongsi cerita dengan Caren. Dalam tidak sedar Benny muncul, lelaki berbangsa
cina yang juga jurujual di kaunter berhadapan mereka menyapa.
“ Apa kamu semua cerita ni? Kongsa la sama i.” Benny
menyapa.
“ Benny, u ni sebok sahaja la. Pergi jaga kaunter u la.
Mau kacau Ary la tu.” Benny Wo lelaki cina yang menaruh perasaan terhadap Aryssa sejak Aryssa mula berkerja disitu lagi. Walaupun mengetahui Aryssa kekasih hati jejaka bernama Syaiful Anuar ketika itu tetapi Benny tetap ingin
memikatnya. Katanya Aryssa belum lagi berkahwin jadi dia masih punya peluang.
Pelbagai barangan pernah dihadiahkan kepada Aryssa sempena pelbagai perayaan
seperti Hari Kekasih, Tahun Baru Cina juga Hari Lahir Aryssa. Tetapi Aryssa tetap dengan pendiriannya yang hanya mengaggap Benny sebagai teman kerja
sahaja.
“ Sudah la Benny pergi buat kerja u la. Kami busy ni.
Pergi cepat.” Kerah Aryssa. Aryssa bersikap bersahaja. Memang dia tidak pernah
berkelakuan terlalu baik terhadap Benny walaupun Benny melakukan bermacam
perkara untuk memikat Aryssa. Baginya Benny amat merimaskan dirinya. Bermuncung
Benny mendengar kata-kata Aryssa, dengan berat hati dia berlalu ke kaunternya
sendiri.

0 comments:
Post a Comment